Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Weekly Ceiling Price for Malaysia Fuel

16 Mac 2017: Pengenalan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel akan memberikan pengguna trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pengenalan mekanisme harga siling mingguan dapat mengelakkan perubahan ketara kepada harga runcit petrol dan diesel berbanding pengiraan secara bulanan kerana tempoh pengiraan bagi harga siling yang lebih pendek dan sebarang perubahan adalah lebih berperingkat. "Kalau kita tunggu sebulan, kadang-kadang ia (harga petrol dan diesel) naik mendadak sehingga 25 sen. "Bila kenaikan sehingga 25 sen, kita nak selaras (naikkan sehingga 25 sen) pun tak boleh dan kerajaan terpaksa serap sebahagian kenaikan sebagai subsidi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk "Cabaran Ekonomi Malaysia dan Pelaksanaan Dasar' yang dianjurkan MIDF Research di sini pada Khamis...

Sejarah Pemberian Dividen dan Bonus: Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Alhamdulillah, prestasi ASB kekal cemerlang untuk tahun 2016 walaupun mengumumkan dividen di bawah paras 7.00 peratus buat pertama kali sejak tahun 1990. Di sebalik persepsi negatif tentang keadaan geopolitik dan ekonomi negara akibat kegiatan "misinformation" yang berleluasa di media sosial dan internet, pihak pengurusan dana telah berjaya melakukan tugasan mereka untuk memberi pulangan yang baik untuk para pelabur. All praise is to Allah, ASB performance remains strong in year 2016 despite announcing dividend below 7.00 percent for the first time since year 1990. Behind all negative perceptions about the nation's geopolitics and economy conditions due to widepread misinformation deeds in social media and internet, the fund manager has successfully done their tasks to deliver good returns for the investors. Tahun Dividen (sen) Bonus (sen) Jumlah (sen) 1990 8.00 6.00 14.00 1991 8.50 4.00 ...