KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan dividen 16 peratus dengan anggaran pembayaran berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, tertinggi sejak 2012. Dividen adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan dikaji, meningkat sebanyak 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Keuntungan bersih bank koperasi itu bagi tahun kewangan dikaji juga mencatatkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum ini. Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata prestasi cemerlang itu adalah hasil daripada pendapatan utama sebanyak RM6.34 bilion, meningkat 5.7 peratus berbanding RM6 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti pembiayaan dan pelaburan selain kos operasi serta peruntukan pembiayaan yang terkawal. "Secara keseluruhannya, kumpulan berjaya mengekalkan kedudukann...
Sharing of a life of a typical Malaysia citizen and some experiences for others to analyze and learn