Skip to main content

Dividen Bank Rakyat 31 Disember 2017: 16%

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan dividen 16 peratus dengan anggaran pembayaran berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, tertinggi sejak 2012.
Dividen adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan dikaji, meningkat sebanyak 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. 
Keuntungan bersih bank koperasi itu bagi tahun kewangan dikaji juga mencatatkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum ini.
Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata prestasi cemerlang itu adalah hasil daripada pendapatan utama sebanyak RM6.34 bilion, meningkat 5.7 peratus berbanding RM6 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti pembiayaan dan pelaburan selain kos operasi serta peruntukan pembiayaan yang terkawal.
"Secara keseluruhannya, kumpulan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi paling tinggi keuntungannya dan sebagai institusi kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia dari segi saiz," katanya mengumumkan prestasi kewangan Bank Rakyat di sini, hari ini. 
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Shukry berkata, jumlah pendapatan termasuk pendapatan operasi lain untuk kumpulan meningkat 5.4 peratus kepada RM7.02 bilion, berbanding RM6.66 bilion sebelum ini, yang mana pendapatan daripada pembiayaan sebanyak RM5.11 bilion kekal sebagai penyumbang utama.
"Pendapatan pelaburan meningkat sebanyak 14.7 peratus kepada RM1.25 bilion berikutan pengurusan aset kewangan yang berhemat dengan tumpuan kepada risiko rendah hasil pendapatannya stabil.
"Kumpulan juga mendapat manfaat tambahan keuntungan daripada penilaian semula pelaburan hartanah sebanyak RM128.61 juta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

3.1 sen = Income Distribution for Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) for 6 months ended 31 March 2017

For those who are looking for a conventional and steady stream of income, you may want to opt for AHB (syariah-compliant, tax-exempt and payable net of zakat). From The Edge Markets KUALA LUMPUR (April 4): Amanah Hartanah Bumiputera's (AHB) income distribution for the six months ended March 31, 2017 fell to 3.1 sen per unit, compared with 3.3 sen for the previous corresponding period. AHB is a syariah-compliant real-estate backed trust fund with a fixed price of RM1 per unit. It is sponsored by Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), a real estate investment holding company owned by Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. The fund's manager is Maybank Asset Management Sdn Bhd. "The income distribution of AHB is tax-exempt and payable net of zakat, which will be credited directly into the unit holder's bank account on April 17," PHB and Maybank Asset Management said in a statement. For the full financial year ended Sept 30, 2016, a total income distribution of 6....

Buying a new bike

Traffic in KK is getting worse from time to time. Not only expensive house rental and food, the cost for getting to work is also increasing. I am seriously considering buying a bike... Still haven't made up my mind yet, a typical bike or a scooter? Scooter looks more elegant and easier to handle. However, expect higher CAPEX and OPEX. Typical bike looks not so stylish, but should meet the intended purpose i.e. getting to work. Based on these arguments, I prefer scooter to typical bike :) Waiting for the right time, then just go the the shop and grab one... no more thinking. This one looks nice: Joymax 250: yet to find the dealer and OTR price. Huge luggage box works for me. The 12L fuel capacity is good for a non-stop 300km-journey.

ASB Dividend 2012 - 7.75 sen/unit

ASB dividend is said to be the highest over the past 5 years. For those who seek for steady and over average income over a long term of investment, this is clearly the most suitable type of investment for you. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Agihan pendapatan itu meningkat 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun iaitu sejak 2008 dan bakal memberi manfaat kepada 7.82 juta pelabur yang melanggan 110.2 bilion unit ASB. Katanya, pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilio...